SEBUAH AKHBAR TEMPATAN SABAH DIJANGKA HENTI OPERASI AKHIR BULAN DISEMBER 2020.

Lamanfo.com

Laman Informasi

SEBUAH AKHBAR TEMPATAN SABAH DIJANGKA HENTI OPERASI AKHIR BULAN DISEMBER 2020.

 

KOTA KINABALU: New Sabah Times, antara penerbit surat khabar tempatan tertua di negeri ini sejak 1949, dijangka menghentikan operasinya pada akhir bulan ini.

Pengarah Urusannya Felix Gusti yang mengesahkan rancangan itu berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua petugas syarikat pada hari Khamis ini, dan satu kenyataan rasmi syarikat akan menyusul kemudiannya.

Beliau menjelaskan kekurangan jualan akhbar dan pendapatan daripada pengiklanan sebagai antara sebab syarikat mengambil langkah berkenaan.

Sementara itu seorang petugas syarikat akhbar itu ketika dihubungi berkata pihak pengurusan syarikat sedang mengadakan perbincangan dengan petugas yang terkesan dengan langkah berkenaan.

"Pihak pengurusan telah memberi jaminan kebajikan petugas akan dijaga walau apa langkah diambil syarikat. Ada juga cadangan penutupan hanya melibatkan penerbitan akhbar dan fokus kepada dalam talian," tambahnya.


Sumber: BERNAMA


<undur.                                          Seterusnya>

Catat Ulasan

0 Ulasan