Lamanfo.com

Laman Informasi

GENERATOR NANOE-X AKAN DIPASANG PADA KENDERAAN GRAB

KUALA LUMPUR: Panasonic akan memasang generator mudah alih nanoe-X dalam 5,500 kereta Grab di Asia Tenggara membabitkan Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh bagi menyediakan kualiti udara yang lebih baik untuk penumpang.

Di Kuala Lumpur, sebanyak 1,000 unit generator itu akan dipasang di kereta premium Grab.

nanoe-X adalah teknologi yang mengumpulkan kelembapan yang tidak dapat dilihat di udara dan menggunakan voltan tinggi untuk menghasilkan 'hidroksil radikal yang terkandung di dalam air.

Hidroksil radikal menghalang pertumbuhan bahan pencemar seperti bakteria dan virus.

Ia dicirikan sebagai oksidatif yang kuat dan sangat reaktif, namun jangka hayatnya pendek.

Terkandung dalam zarah-zarah air yang kecil, nanoe-X mempunyai jangka hayat yang panjang dan dapat tersebar pada jarak yang jauh, selain mempunyai dwi-kesan perencatan sama ada melalui udara atau bahan melekat.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Cheng Chee Chung, berkata teknologi nanoe-X kini terdapat dalam penyaman udaranya dan sedang diperluaskan kepada produk lain.

"Kami akan mempromosikan penyaman udara berserta produk generator mudah alih nanoe-X dengan lebih giat bagi mencapai sasaran ditetapkan.

"Secara keseluruhan, jumlah sumbangan jualan daripada produk nanoe-X kepada kumpulan dijangka meningkat daripada 20 peratus tahun lalu kepada 25 peratus tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media maya selepas majlis pengumuman kerjasama di antara syarikat itu dengan Grab, baru-baru ini.

Generator mudah alih nanoe-X turut dijual kepada orang ramai dan boleh didapati di kedai menjual barangan elektronik yang mengambil bahagian pada harga RM599 seunit


Sumber: BH Online


<undur                                           Seterusnya... 


Catat Ulasan

0 Ulasan