Lamanfo.com

Laman Informasi

REKAAN BERBENTUK KUBAH YANG DAPAT MENJANA TENAGA BOLEH BAHARU.

Henry Glogau yang merekabentuk alat  yang berbentuk kubah yang boleh menjadi lampu dan juga menapis air laut menjadi air minuman merupakan finalis dalam Anugerah Reka Bentuk Lexus 2021. 

Rekabentuk yang dinamakan Solar Desalination Skylight menyimpan tenaga matahari pada siang hari untuk menerangi rumah pada waktu malam dan menyuling air laut menjadi air minuman.

Lampu langit ini menggunakan gabungan tenaga suria dan air laut untuk menyediakan perkhidmatan asas untuk kediaman di kota-kota kecil.

Solar Desalination Skylight berfungsi dengan cara mengewapkan air laut melalui tenaga matahari. Pada siang hari, air laut dimasukkan melalui paip ke langit-langit berbentuk kubah di atasnya dan berbentuk mangkuk di bawahnya di mana tenaga cahaya matahari digunakan untuk menyuling air laut masin. Pemilik lampu langit ini kemudian boleh menggunakan paip di dasar lampu langit untuk mengekstrak air minuman.

Kemudian pada waktu malam, air garam yang tersisa dari proses pemurnian digunakan untuk menghasilkan cas elektrik untuk menghidupkan cahaya yang tersebar. 

Rekaan Glogau ini adalah murah, praktikal dan secara efisien menggunakan sumber asli sedia ada untuk menangani dua masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampamentos, atau kota-kota kecil, di tempat-tempat seperti Antofagasta, Chile, di mana teknologi ini sudah digunakan oleh penduduk.

Solar Desalination Skylight adalah salah satu daripada enam finalis Anugerah Reka Bentuk Lexus 2021 dan sedang menghadapi persaingan yang sengit daripada rekaan-rekaan lain. 

Sama ada rekaan beliau akan menang atau tidak, Glogau sudah memberikan kesan yang besar kepada masyarakat, seperti yang dapat dilihat dalam video di bawah ini yang menunjukkan rakaman pelaksanaan skylight di Chile, serta proses langkah demi langkah bagaimana proses penyahgaraman berfungsi.


Sumber: Interesting Engineering


<undur / seterusnya>

Catat Ulasan

0 Ulasan