3 ASTEROID GERGASI AKAN MELINTAS BUMI PADA MINGGU HADAPAN.

Lamanfo.com

Laman Informasi

3 ASTEROID GERGASI AKAN MELINTAS BUMI PADA MINGGU HADAPAN.


Kredit: Pixabay

Tiga asteroid gergasi dijangka akan melalui ruang angkasa Bumi minggu hadapan, menurut sistem pengesan asteroid NASA.

Asteroid terbesar antara tiga itu sebesar Menara Eiffel namun kesemua asteroid itu akan melintasi pada jarak yang selamat dari bumi, memetik laporan portal berita Newsweek.

Beberapa asteroid seperti ini berada dalam orbit mengelilingi matahari.

Ketiga-tiga asteroid ini diberi nama 2021 GJ3, 2016 QE45 dan 2021 FK3.

2021 GJ3 dijangka akan melalui ruang angkasa bumi pada 21 April pada jam 2.26 pagi UTC pada jarak 1.48 juta kilometer dari bumi.

Diameter asteroid tersebut adalah antara 47 hingga 109 meter panjang atau selebar sebuah padang bola sepak NFL.

Asteroid 2016 QE45 pula dijangka akan melalui ruang angkasa bumi pada 24 April pada jam 1.48 pagi UTC pada jarak 5.1 juta kilometer dari bumi.

Diameternya antara 120 hingga 270 meter atau kira-kira sama seperti ketinggian Menara Eiffel.

Akhir sekali asteroid 2021 FK3 akan melalui ruang udara bumi pada 24 April pada jam 5.45 petang UTC pada jarak 6.1 juta kilometer dari bumi.

Diameter asteroid ini adalah antara 88 hingga 200 meter atau sama seperti ketinggian Jambatan Golden Gate.

Ketiga-tiga asteroid ini akan melintasi ruang udara bumi pada kelajuan 13.4 kilometer per saat atau 14 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang.

Isnin lepas, asteroid 2021 GW4 melintasi ruang udara Bumi pada jarak 27,000 kilomter dari bumi.


Sumber: Awani

Catat Komen

0 Ulasan