ASTEROID BESAR AKAN MENGHAMPIRI BUMI PADA MINGGU HADAPAN.

Lamanfo.com

Laman Informasi

ASTEROID BESAR AKAN MENGHAMPIRI BUMI PADA MINGGU HADAPAN.


Kredit: Pixabay

WASHINGTON: Sebuah asteroid sebesar hampir dua kali ganda saiz mercu tanda terkenal kota London, menara jam Big Ben dijangka memasuki orbit Bumi pada minggu ini.

Lapor Daily Star, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang mengesan asteroid diberi nama 2021 PT, yang dijangka muncul pada 29 Ogos ini.

Asteroid itu mempunyai diameter antara 110 hingga 240 meter, manakala menara jam Big Ben pula berada pada ketinggian 96 meter.

Batu angkasa itu bergerak pada kelajuan lebih 25,749 kilometer sejam namun akan melepasi Bumi pada jarak lebih empat juta kilometer.

Sementara itu, NASA mengesan satu lagi asteroid yang lebih besar dinamakan sebagai 2010 RJ53 yang dijangka akan memasuki orbit Bumi pada 9 September. 

Asteroid itu memiliki diameter meter sebesar 774 meter iaitu dua kali ganda bangunan Empire State Building di New York. Asteroid ini akan menghampiri Bumi pada jarak 366,000 km bermakna ia akan lebih dekat dengan Bumi berbanding jarak bulan iaitu sejauh 384,400 km dari Bumi. 

Dalam satu kajian dilakukan baru-baru ini, para saintis percaya mereka semakin hampir mengenal pasti asal usul asteroid yang menghapuskan dinosaur.

Sejak akhir 1970-an, para penyelidik yakin batu angkasa itu mendarat berhampiran Semenanjung Yucatan di Mexico.

Kedua-dua asteroid ini dijangka tidak akan membahayakan Bumi oleh kerana pihak NASA telah mengumumkan bahawa planet Bumi bebas daripada ancaman asteroid sekurang-kurangnya sehingga abad yang seterusnya. Namun demikian, kita berharap agar asteroid ini tidak terganggu oleh faktor lain menyebabkan ia menukar haluannya. 


Sumber: UM, TJP

Catat Ulasan

0 Ulasan