Lamanfo.com

Laman Informasi

PLANET MUSYTARI KELIHATAN JELAS DI LANGIT MALAM.

Penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan planet Musytari di langit cerah pada waktu malam sepanjang Ogos sehingga Disember tahun ini. 

Agensi Angkasa Negara (MySA) menerusi kenyataan dalam akaun sosial rasmi Facebook memberitahu, jika cuaca mengizinkan, planet itu juga boleh dilihat dengan mata kasar selain menggunakan teropong binokular atau teleskop dengan menghadap ke arah ufuk sebelah timur yang bebas daripada sebarang elemen objek halangan.

Menurut MySA, Musytari berada di buruj Aquarius mulai Ogos ini sebelum beranjak sedikit demi sedikit ke sebelah barat dengan merentasi garis sempadan antara Aquarius dan Capricornus.

Planet itu terletak dalam keadaan fenomena oposisi iaitu bertentangan satu garisan dengan bumi dan matahari serta sudut ukuran jasad samawi diameter ketara sebanyak 49 saat arka.

MySA menambah, lokaliti buruj itu sekitar hemisfera selatan bumi yang berhampiran zodiak Sagittarius dan Pegasus dengan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang magnitud ketiga.


Sedikit Fakta Mengenai Planet Musytari. 


Musytari atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Jupiter ialah planet kelima dari matahari dan juga planet yang terbesar daripada lapan planet dalam sistem suria (Pluto tidak lagi dikategorikan sebagai planet). 

Musytari mempunyai 16 satelit semula jadi, antaranya ialah Ganymede. Purata suhu di Musytari ialah sekitar 50°C. Musytari mengambil masa selama 11 hari untuk membuat satu putaran lengkap dan 11 tahun 9 bulan untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi matahari. Garis pusat Musytari ialah 139,822 km.

Musytari memiliki atmosfera planet terbesar di Sistem Suria dengan ketinggian yang membentang hingga 5,000 km (3,107 bt). Musytari ialah planet gas yang tidak memiliki permukaan dan dasar atmosfera ditentukan terletak di bahagian bertekanan atmosfera sebesar 10 bar, atau sepuluh kali tekanan permukaan di Bumi.

Ketampakan Musytari yang paling dikenal adalah Tompok Merah Besar, suatu badai antisiklon yang lebih besar dari Bumi dan terletak di 22° sebelah selatan khatulistiwa. Objek yang berbentuk oval ini beputaran melawan arah jam dengan tempoh putaran selama enam hari. Dimensi Bintik Merah Raksasa tercatat sebesar 24–40.000 km × 12–14.000 km. Diameternya cukup besar untuk menampung dua atau tiga diameter Bumi.

Dua puluh tujuh tahun dahulu, umat manusia pertama kali menyaksikan planet Musytari dihentam oleh komet Shoemaker-Levy 9 (SL9) dari 16 hingga 22 Julai 1994. Komet tersebut sangat besar, yang ditemui hanya setahun sebelumnya, melanggar Musytari selama beberapa hari, menyebabkan bekas luka gelap yang besar di atmosfera planet tersebut dan mengangkat api yang terlalu panas ke stratosferanya.


Sumber: Utusan, Wikipedia, NASA TV

Catat Ulasan

0 Ulasan