TIPS CINTA AL QUR'AN.

Lamanfo.com

Laman Informasi

TIPS CINTA AL QUR'AN.

 

"Ustaz,  bagaimana untuk saya menjadi pecinta Al-Quran? "

"Saya rasa susah untuk saya baca Al-Quran walaupun satu muka sahaja sehari."

"Begini, benda yang pertama sekali yang kamu harus buat adalah periksa hati kamu, periksa niat kamu, apa yang kamu mahu saat kamu memegang Al-Quran untuk dibaca."

"Ustaz nak tanya, adakah kamu sentiasa membaca doa dan niat sebelum membaca Al-Quran?"

"Soalan ini kamu jawab dalam hati kamu. Kamu lebih mengetahuinya."

Tersentap!

Baru sedar kesilapan dimana.

Kemudian Ustaz berkongsi beberapa tips untuk menjadi pecinta Al-Quran sehingga jatuh cinta dengan Al-Quran :

1. Niat dan matlamat

Tetapkan matlamat yang hendak dicapai.  Buat jadual untuk membaca Al-Quran. Cari planner yang membantu kita untuk kita tanda bacaan Al-Quran setiap hari. Cara ini akan dapat meningkatkan motivasi untuk berdamping dengan Al-Quran. 

2. Pentingnya Suasana

Suasana Al-Quran perlu diwujudkan dirumah atau dimana-mana sahaja kita berada. Carilah biah yang tenang dan selesa. Contohnya di rumah. Jika dirumah tidak membantu, boleh juga membacanya dimasjid. Caranya pergi awal ke masjid sebelum masuk waktu solat fardu. Buat target 30 minit sebelum solat fardu untuk membaca Al-Quran. Untuk ibubapa pula adakan ruang yang biasa untuk ibu dan ayah duduk membaca Al-Quran sehingga dapat menarik minat anak-anak untuk membaca Al-Quran.

3. Perlu Ada Contoh Teladan

Jika kamu ada contoh teladan untuk berjaya dalam belajar dan juga kerjaya, kamu juga perlu ada teladan untuk menjadi sahabat Al-Quran. Caranya adalah dengan meneladani guru-guru atau orang yang alim bidang Al-Quran. Kamu perlu mencari, membaca dan mengkaji tentangnya supaya perasaan kita ingin tahu cara mereka cinta akan Al-Quran itu makin bertambah.

4. Kaedah yang boleh dilazimkan

Pasangkan radio Al-Quran dengan suara paling merdu. Pilih sheikh yang kita minati agar kita mampu mengikuti bacaannya apabila ayat-ayat Al-Quran dialunkan. Kamu juga perlu memilih waktu yang tepat untuk adakan masa bersama Al-Quran bersama keluarga contohnya antara maghrib dengan isyak.


Sumber: Jentik Hati

Catat Ulasan

0 Ulasan