TRANSMISI 6G MENCIPTA REKOD TERBARU.

Lamanfo.com

Laman Informasi

TRANSMISI 6G MENCIPTA REKOD TERBARU.


Gambar Hiasan (Pixabay) 

Ia mungkin kelihatan kurang hebat, tetapi transmisi 6G jauh lebih sukar daripada 5G.

Pada bulan November 2020, China berjaya melancarkan apa yang telah digambarkan sebagai "satelit 6G pertama di dunia" ke orbit untuk menguji teknologi tersebut. 

Namun, masih belum dilihat 6G digunakan sehinggalah pada Jun yang lalu dimana Samsung telah berjaya dalam ujian 6G di makmal pemancar dan penerima 140GHz yang pertama kali dikembangkan pada tahun 2017. Terkini, LG Electronics telah turut serta dan mereka telah menggunakan 6G dari bangunan Institut Heinrich Hertz ke Institut Teknologi Berlin di Jerman dengan jarak 100 meter (328 kaki).

"Kejayaan ujian ini menunjukkan bahawa kita semakin dekat dengan keberhasilan penerapan spektrum komunikasi radio terahertz pada era 6G yang akan datang," kata Dr. I.P. Park dalam satu kenyataan iaitu Presiden dan CTO kepada LG Electronics. "Kerjasama kami yang berjaya dengan institusi dan organisasi penyelidikan tempatan dan global untuk memajukan pengembangan kemampuan 6G sangat bermanfaat." 

LG Electronics telah bekerjasama dengan makmal penyelidikan Eropah Fraunhofer-Gesellschaft untuk menghasilkan transmisi 6G. Organisasi tersebut tidak memberikan perincian mengenai berapa banyak data dihantar dalam ujian terbaru mereka tetapi diketahui bahawa 6G adalah sangat pantas kerana isyarat 6G berada dalam spektrum terahertz.

Hanya ada satu masalah dengan frekuensi terahertz iaitu jaraknya yang sangat terhad dan akan kehilangan banyak kuasanya ketika melalui antena. Salah satu penyelesaian yang dicadangkan adalah dengan menambahkan lebih banyak menara selular di seluruh negara tetapi adalah lebih mudah dan berkesan untuk mencari jalan untuk meningkatkan jarak siaran 6G - apatah lagi, jauh lebih murah dari segi kos infrastruktur. 

LG Electronics telah merekabentuk alat amplifier baru dan juga teknologi "adaptive beamforming" yang dapat menjadikan 6G dapat digunakan. Pada 13 Ogos, amplifier baru itu telah digunakan untuk menghantar isyarat 6G antara dua bangunan dengan berjaya. Mungkin ianya tidak seberapa dan teknologi 6G masih sedekad awal, tetapi ia merupakan permulaan yang penting menuju transmisi dan penerimaan yang sangat pantas.


Sumber: Interesting Engineering

Catat Ulasan

0 Ulasan