Lamanfo.com

Laman Informasi

WINDOWS 11 AKAN DILANCARKAN SECARA PERCUMA PADA 5 OKTOBER.



Windows 11 Logo

Microsoft telah mengumumkan bahawa Windows 11, generasi berikutnya untuk sistem operasi terkemuka di industri, akan dilancarkan pada 5 Oktober. OS baru tersebut akan tersedia secara percuma untuk semua pengguna Windows 10 dan akan dilancarkan secara langsung kepada pelanggan.

Seperti pelancaran untuk Windows 10, Microsoft akan terlebih dahulu mengutamakan peranti baru untuk Windows 11. Ini bermakna pada hari pelancaran anda mungkin tidak dapat melakukan peningkatan dengan serta merta dimana Microsoft mengatakan bahawa peranti dalam pasaran akan diminta untuk menaik taraf di minggu dan bulan yang berikutnya. Proses menaiktaraf akan dikendalikan oleh Pembantu Kemaskini Windows, yang akan mengenalpasti peranti yang serasi dengan Windows 11 dan memberi notifikasi kepada pengguna bila boleh mengemaskini.

Walau bagaimanapun, beberapa ciri Windows 11 belum siap untuk dilancarkan. Terutama, kemampuan untuk menjalankan aplikasi Android pada Windows 11 akan datang kemudian. Windows 11 juga akan memberi sokongan untuk Penyimpanan Langsung, yang akan membolehkan kad grafik khusus untuk berkomunikasi secara langsung dengan peranti storan dan memintas komunikasi CPU untuk prestasi pembacaan yang lebih cepat seperti Xbox Series X dan PlayStation 5. Microsoft juga akan memasukkan ciri ini ke Windows 10 di masa hadapan.

Microsoft ada menyemak semula keperluan untuk Windows 11 baru-baru ini, terutama setelah aplikasi Pemeriksaan Kesihatan PC awalnya menandakan banyak sistem moden tidak sesuai. Sebilangan besar ini berkaitan dengan sokongan TPM 2.0, atau Trusted Platform Module, yang sering kali disable pada kebanyakan motherboard moden. Ini bererti bahawa anda mungkin perlu menyesuaikan diri dalam BIOS anda sebelum dapat lulus pemeriksaan kesihatan atau melabur dalam modul aftermarket untuk penyesuaian.

Dengan ini, Microsoft membenarkan pengguna untuk menaiktaraf ke Windows 11 menggunakan ISO rasmi juga, tetapi mengatakan bahawa versi ini mungkin terkunci daripada kemaskini dan patch keselamatan Windows yang akan datang. Anda boleh melihat keperluan sistem untuk Windows 11 seperti di bawah.

 

Keperluan Sistem Windows 11:

-CPU: 64-bit 1GHz dual-core processor

-RAM: 4GB

-Simpanan: 64GB

-Tambahan: TPM 1.2 chip

 

Sumber: Gamespot

Catat Ulasan

0 Ulasan