43 JENIS TELEFON PINTAR TIDAK LAGI DAPAT MENGAKSES WHATSAPP.

Lamanfo.com

Laman Informasi

43 JENIS TELEFON PINTAR TIDAK LAGI DAPAT MENGAKSES WHATSAPP.


Beberapa model telefon pintar model lama tidak boleh lagi mengakses mesej, gambar dan video pada aplikasi WhatsApp bermula 1 November depan.

Sebanyak 43 model telefon pintar melibatkan pengguna perisian Android dan iOS tidak boleh menikmati kemudahan yang disediakan perkhidmatan itu menurut laporan Mirror. 

Aplikasi itu kehilangan ramai pengguna sejak tahun lalu disebabkan privasi terbaharu perkhidmatan yang diperkenalkan.

WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang selamat dan sulit tetapi mengumumkan perubahan yang sangat tidak popular terhadap kaedah mengendalikan data pengguna.

Perubahan ini menyaksikan data pengguna diserahkan kepada syarikat swasta bagi membantu pemasaran.

WhatsApp melakukan perubahan secara drastik berikutan tindak balas besar pesaing, Telegram yang sudah melepasi satu bilion jumlah muat turun.

Berikut merupakan model telefon pintar yang tidak lagi boleh mengakses WhatsApp:

Samsung: Galaxy Trend Lite, Galaxy Trend II, Galaxy SII, Galaxy S3 mini, Galaxy Xcover 2, Galaxy Core dan Galaxy Ace 2

LG Lucid 2, Best F7, Best F5, Optimus L3 2 Dual best F5, Optimus L5, Optimus L5 2, Optimus L5 Dual Optimus L3 2, Optimus L7, Optimus L7 2 Dual Optimus L7 2, Best F6, enact , Best L4 2 Dual best F3, the best S4 2, Optimus L2 2, Best Nitro HD and 4X HD dan Optimus F3Q

ZTE: Grand S Flex, ZTE V956, Grand X Quad V987 dan Grand Memo

Huawei: Ascend G740, Ascend Mate, Ascend D Quad XL, Ascend D1 Quad XL, Ascend P1 S, dan Ascend D2

Sony: Xperia Miro, Sony Xperia Neo L, Xperia Arc S

Archos 53 Platinum, HTC Desire 500, Caterpillar Cat B15, Wiko Cink Five, Wiko Darknight, Lenovo A820, UMi X2, Faea F1 dan THL W8

Oleh yang demikian sekiranya telefon pintar anda ada tersenarai maka dinasihatkan untuk menaiktaraf telwfin pintar anda kepada versi terbaru dengan kadar segera. Namun demikian, Whatsapp membenarkan pengguna untuk membuat backup kepada chat sebelum bertukar ke alat pintar yang baru agar ianya tidak terpadam atau hilang.


Sumber: Utusan, World News

Catat Ulasan

0 Ulasan