5 TIPS KEWANGAN BAGI GRADUAN DI AWAL PEKERJAAN.

Lamanfo.com

Laman Informasi

5 TIPS KEWANGAN BAGI GRADUAN DI AWAL PEKERJAAN.

 

 

Kebanyakan graduan yang mula bekerja pada kebiasaannya akan mendapat gaji sebanyak RM1,800 ke RM2,000 sebulan tidak termasuk dengan OT (overtime). Oleh itu, adalah penting untuk para graduan yang mula bekerja, bijak menguruskan kewangan mereka supaya mereka mempunyai simpanan dan pada masa yang sama mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja.

Ini adalah kerana sebarang kesilapan yang berlaku di usia muda, akan memberi kesan yang mendalam untuk bertahun-tahun lamanya. Berikut ialah 5 tips kewangan untuk graduan yang baru mula bekerja.

 

1. Kurangkan Perbelanjaan

Kadang kala, memang kita menginginkan sesuatu sebagai “self-reward” setelah kita bekerja keras setiap bulan. Oleh itu, targetkan setiap bulan satu barang hadiah untuk diri sendiri.

Elakkan membeli kesemua barang yang diingini setiap bulan. Jadikan prinsip satu barang satu bulan untuk kurangkan perbelanjaan.

Sementara tengah menjalani hidup bujang anda boleh berjimat banyak. Apabila anda buat dari sekarang, nanti bila sudah berkeluarga ianya akan lebih mudah.

 

2. Lokasi Rumah

Anda juga boleh mengurangkan kos pengangkutan. Lokasi rumah sewa harus dipilih yang berdekatan dengan tempat kerja atau pengangkutan awam.

Daripada anda memandu kereta atau menunggang motosikal, anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam bagi menjimatkan kos. Dengan kos minyak dan parking yang tinggi, pasti anda akan lebih jimat.

 

3. Mula Buat Simpanan

Disiplinkan diri dengan melakukan simpanan setiap bulan. Anda boleh memulakan simpanan anda walaupun hanya dengan RM10 setiap hari.

Pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit boleh digunapakai dalam situasi ini. Percayalah, simpanan ini akan membantu anda di masa hadapan kelak.

 

4. Pekerjaan Kedua

Jangan terlalu bergantung kepada satu pekerjaan sahaja sekarang. Selagi kudrat masih ada, lakukan dua pekerjaan seperti menjadi ejen takaful, ejen unit trust, jual barangan online, dropship, jadi pemandu Grab dan banyak lagi.

Cuma anda harus pandai membahagikan masa dan lakukan pekerjaan kedua ini mengikut kemampuan diri. 

 

5. Melabur

Lagi awal anda mula melabur, lagi cepat ianya akan berkembang. Itulah hebatnya kuasa compounding interest atau faedah berganda.

Anda boleh mula melabur secara bijak dengan modal yang kecil terlebih dahulu. Apabila kewangan sudah semakin kukuh, barulah mulakan langkah dengan membeli aset seperti rumah.

 

Sumber: Majalah Labur

 

Berkaitan: 6 TIPS MENGURUS KEWANGAN KELUARGA.

Catat Ulasan

0 Ulasan