KOMITMEN KERAJAAN KEPADA KELUARGA KAFA 2021

Lamanfo.com

Laman Informasi

KOMITMEN KERAJAAN KEPADA KELUARGA KAFA 2021


Komitmen Kerajaan Menyantuni Keluarga KAFA

1. Meningkatkan kompetensi Guru KAFA melalui program Pemetaan Guru KAFA sebagai Jurulatih Daerah kepada rakan sekerja.

2. Menyediakan caruman KWSP dan PERKESO kepada 35 ribu orang Guru KAFA

3. Memberi kemudahan cuti bersalin berelaun penuh kepada Guru KAFA wanita berkuat kuasa pada 1 Januari 2022

4. Mengadakan siri libat urus berterusan bersama agensi/ kementerian yang berkaitan bagi meningkatkan peluang kebajikan Guru KAFA


Jawapan Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | 21 September 2021


KAFA PDPR HINGGA AKHIR TAHUN. 


Operasi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi murid Tahun Satu hingga Enam diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga sesi persekolahan 2021 berakhir.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 dan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya dari aspek keselamatan murid dan tenaga pengajar KAFA.


Sumber: Instagram

Catat Ulasan

0 Ulasan