GOOGLE HENTI GMAIL, GOOGLE MAP DAN YOUTUBE PADA ANDROID VERSI LAMA.

Lamanfo.com

Laman Informasi

GOOGLE HENTI GMAIL, GOOGLE MAP DAN YOUTUBE PADA ANDROID VERSI LAMA.

Google mengesahkan bahawa aplikasi Gmail, Google Calendar, Google Map dan YouTube akan berhenti berfungsi pada beberapa telefon pintar lama Android mulai 27 September. 

Google telah mengesahkan rancangannya untuk menyekat pengguna daripada mendaftarkan akaun Google mereka pada peranti Android versi lama. Ini akan menyebabkan banyak aplikasi popular, dari Google Map sehingga YouTube berhenti berfungsi. WhatsApp sejak tahun lalu tidak dapat digunakan pada versi lama Android. 

Sesiapa sahaja yang mempunyai telefon pintar yang dikuasakan oleh Android 2.3 akan terkesan dengan perubahan terkini. Sistem operasi tersebut yang dilancarkan di bawah jenama "Gingerbread" ketika Google masih menggunakan nama makanan pencuci mulut untuk setiap pembaharuan utama Android, pertama kali dilancarkan pada bulan Disember 2010. 

Google kini menarik sokongan untuk platform tersebut dengan mengatakan "sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan pengguna kami". Pada Februari 2017, pembayaran tanpa sentuh Google Pay dihentikan penggunaannya pada telefon bimbit yang menggunakan versi Android 2.3. Bermula tarikh 27 September, syarikat daripada California itu telah mengesahkan rancangannya untuk menyekat semua pengguna mendaftar masuk menggunakan akaun Google.


Akhir bulan ini, pengguna yang cuba log masuk ke peranti Android mereka akan menerima notifikasi "error" pada nama pengguna dan kata laluan - walaupun perincian yang mereka masukkan betul. Sejumlah aplikasi Google popular lain yang bergantung pada akaun Google, termasuk YouTube, Google Play Store, Google Maps, Gmail, Google Calendar, dan banyak lagi, juga akan berhenti berfungsi. 

Untuk terus menggunakan aplikasi ini, anda perlu menaiktaraf telefon pintar anda ke Android 3.0. Walau bagaimanapun,  oleh kerana tidak semua telefon pintar yang menggunakan Android 2.3 dapat dinaiktaraf ke versi sistem operasi yang baru, beberapa pengguna tidak akan dapat menggunakan aplikasi ini lagi. Sekiranya anda tidak dapat menaiktaraf ke peranti baru, Google ada menawarkan penyelesaian.

Caranya ialah dengan melayari laman web pada Android, ada kemungkinan untuk mengakses beberapa perkhidmatan Google ini. Walau bagaimanapun, aplikasi ini akan tetap disekat pada telefon bimbit anda. 

Sekiranya anda tidak pasti versi Android yang anda gunakan pada peranti anda, anda boleh memeriksa dengan mudah dengan menuju ke Sistem> Lanjutan> Kemas kini Sistem. 

Beberapa telefon pintar popular yang masih terpaku pada versi Android 2.3 termasuk Sony Xperia Advance, Lenovo K800, Sony Xperia Go, Vodafone Smart II, Samsung Galaxy S2, Sony Xperia P, LG Spectrum, Sony Xperia S, LG Prada 3.0, HTC Velocity, HTC Evo 4G, Motorola Fire, dan Motorola XT532. 

Penaiktarafan kali ketujuh Android iaitu Gingerbread adalah salah satu pelancaran paling ikonik dalam sejarah platform tersebut. Ia adalah versi yang pertama kali tiba dengan perancangan kemaskini tahunan - pelancaran berjadual yang terakhir dari Google sejak ini. Versi terbaru sistem operasi, Android 12, akan dilancarkan pada Oktober 2021 pada telefon pintar Pixel Google sendiri. Pengilang lain, seperti OnePlus dan Samsung, akan menyusul kemudian. 


Sumber: Express.co

Catat Ulasan

0 Ulasan