'iPHONE STORAGE ALMOST FULL' SETELAH MENGEMASKINI KE iOS 15.

Lamanfo.com

Laman Informasi

'iPHONE STORAGE ALMOST FULL' SETELAH MENGEMASKINI KE iOS 15.


Hanya dua hari selepas Apple melancarkan iOS 15 dan iPadOS 15 kepada umum, satu gelombang aduan netizen sudah menunjukkan beberapa bug yang sedang meluas, kali ini berkaitan dengan penyimpanan yang dilaporkan pada peranti.

Kebanjiran aduan pengguna tersebut telah masuk ke Twitter selama 24-48 jam terakhir untuk berkongsi pengalaman mereka bahawa setelah mengemaskini ke iOS 15, mereka melihat peringatan "iPhone Storage Almost Full " di dalam Setting (Tetapan), walaupun iPhone mereka mempunyai jumlah simpanan yang masih cukup . Akaun Twitter Apple Support penuh dengan pengguna yang melaporkan bug tersebut.

Lagi menyakitkan, peringatan di dalam Tetapan tidak dapat ditolak, dan dengan mengkliknya hanya membawa pengguna ke halaman Penyimpanan iPhone dalam Tetapan, di mana mereka diingatkan bahawa peranti mereka, dalam kebanyakan kes masih memiliki jumlah penyimpanan yang mencukupi. Malahan, catatan di Forum Komuniti Sokongan Apple, yang mendapat lebih dari 900 tontonan dalam masa lebih dari 13 jam, juga termasuk pengguna yang melaporkan bug tersebut.




Amaran itu, bagaimanapun, bukan satu-satunya bug yang berkaitan dengan penyimpanan yang telah membuat pengguna marah. Laporan lain di Twitter menunjukkan bahawa iOS 15 telah menghasilkan bug di mana jumlah storan yang tersedia pada peranti kadang-kadang ditunjukkan lebih besar daripada kapasiti sebenar peranti. Dalam kes lain, bug iOS 15 menghasilkan tabulasi yang salah untuk berapa banyak penyimpanan yang digunakan oleh pengguna.




Dalam semua kes, Apple Support menasihatkan pengguna untuk menghidupkan semula peranti mereka, tetapi hanya sedikit sahaja pengguna yang dapat mengatasi masalah tersebut dengan kaedah demikian. Sebilangan bug yang dialami pengguna muncul dalam tempoh ujian beta untuk iOS 15 pada musim panas yang lalu, yang sepatutnya bertujuan untuk memperbaiki sebanyak mungkin bug dan masalah sebelum kemaskini boleh tersedia secara meluas.

 

Sumber: MacRumors

Catat Ulasan

0 Ulasan