MAKSUD TANDA JALAN DI MALAYSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI.

Lamanfo.com

Laman Informasi

MAKSUD TANDA JALAN DI MALAYSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI.

 

1. Papan tanda biru dan hijau menunjukkan jenis jalan yang berbeza.

Tanda jalan biru adalah jalan bebas tol milik persekutuan, negeri dan majlis perbandaran. Nama-nama tersebut biasanya terdapat dalam huruf berwarna putih.

Jalan persekutuan adalah jalan yang dinyatakan di bawah Federal Roads Ordinance 1959 dan biasanya terdiri daripada rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan negeri-negeri, dan jalan raya yang menuju ke pintu masuk dan keluar dari negara ini.

Sebaliknya, jalan negeri adalah jalan utama yang digunakan dalam perjalanan antara negeri dan di antara pusat pentadbiran daerah yang lain manakala jalan majlis perbandaran adalah jalan yang berada dalam kawasan daerah tertentu.

Sementara itu, papan tanda hijau mewakili jalan raya ekspress atau lebuh raya yang ada tol dan juga mempunyai huruf berwarna putih.

 


 

2. Simbol berbentuk heksagon berwarna hitam dan kuning mewakili kod lebuh raya yang berbeza.

Nombor dan abjad ini menunjukkan jenis jalan raya:

- Huruf 'E', yang menunjukkan ia adalah jalan ekspress.

- Jalan persekutuan hanya menggunakan nombor.

- Jalan negeri menggunakan abjad dan nombor, kecuali yang ada abjad 'E'.

 

3. Warna huruf pada papan tanda biru menunjukkan sama ada ia adalah jalan atau kawasan.

Huruf berwarna kuning menunjukkan jalan dan huruf berwarna putih mewakili bandar atau kawasan.

 


4. Warna papan tanda yang berbeza mewakili pelbagai jenis destinasi.

 Warna huruf mempunyai makna yang berbeza terhadap warna latar belakang yang berbeza:

 i) Huruf hijau dengan latar belakang putih: Tarikan pelancongan kerajaan.


 ii) Huruf oren dengan latar belakang hijau: Bangunan kerajaan.


 iii) Huruf putih pada latar belakang coklat: Kawasan rekreasi yang mempunyai kepentingan sejarah dan budaya.


iv) Huruf hitam pada latar belakang putih: Bandar atau penempatan lain.

 

 

5. Destinasi disusun dari atas ke bawah mengikut jarak.

Nama destinasi di bahagian atas adalah yang paling jauh dan di bahagian bawah adalah yang terdekat.


 


Sumber: Says

Catat Ulasan

0 Ulasan