MENERIMA 4000 PANGGILAN SELEPAS NOMBOR TELEFON DIGUNAKAN DALAM SIRI “SQUID GAME”.

Lamanfo.com

Laman Informasi

MENERIMA 4000 PANGGILAN SELEPAS NOMBOR TELEFON DIGUNAKAN DALAM SIRI “SQUID GAME”.

 


Sekiranya anda melayari internet beberapa minggu ini, anda mungkin akan melihat sebahagian besar pelanggan Netflix berbual mengenai ‘Squid Game’, siri kisah Korea di mana individu yang kekurangan wang mengambil bahagian dalam permainan hidup mati untuk memenangi hadiah wang tunai yang besar. Siri ini sangat popular sehingga mendapat tempat teratas di carta Netflix di banyak negara di seluruh dunia.

 


Walau bagaimanapun, populariti rancangan ini menyebabkan seorang rakyat Korea mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan. Masalahnya berpunca dari adegan dalam siri antara Gong Yoo, yang membuat cameo dalam siri ini, dan Sung Ki Hoon, yang dimainkan oleh pelakon Lee Jung Jae. Dalam adegan ini, watak utama dijemput untuk bermain permainan dan dia diberikan kad nama dengan nombor telefon di atasnya.

Malangnya, nombor itu adalah milik orang yang sebenar dan dia telah menerima banyak panggilan dari peminat yang ingin tahu sejak drama itu ditayangkan di Netflix pada 17 September. Seperti yang dilaporkan oleh Today Online, Mr A, mendedahkan bahawa dia telah menggunakan nombor itu selama 10 tahun dan panggilan ini sangat mempengaruhi kehidupan sehariannya. Dia berkata,

"Saya terpaksa memadam lebih dari 4000 nombor dari telefon saya. Ianya sampai ke tahap di mana orang membuat panggilan siang dan malam kerana rasa ingin tahu mereka. Ia menghabiskan bateri telefon saya sehingga ia mati (off). Pada mulanya, saya tidak tahu mengapa, kemudian rakan saya memberitahu bahawa nombor saya keluar dalam Squid Game."

Bagaimana semua ini berlaku? Mengikut kebiasaan, nombor telefon di Korea mempunyai 10 hingga 11 digit. Pada tayangan sebenar pula menunjukkan hanya ada 8 digit. Namun, kru melakukan kesalahan denan membuang tiga digit pertama yang sepatutnya mewakili kod kawasan. Oleh itu, jika seseorang membuat panggillan kepada 8 digit tersebut, panggilan masih berjaya dibuat. Pada masa ini, Netflix dan syarikat produksi sedang menghubungi Mr A untuk menyelesaikan masalah ini. Netflix boleh didenda hingga 50 juta won (kira-kira RM 178,000) kerana kesalahan itu.

 

Sumber: World of Buzz

Catat Ulasan

0 Ulasan