MyUBAT: APLIKASI YANG MEMBANTU PESAKIT MEMANTAU BEKALAN DAN PENGGUNAAN UBAT-UBATAN.

Lamanfo.com

Laman Informasi

MyUBAT: APLIKASI YANG MEMBANTU PESAKIT MEMANTAU BEKALAN DAN PENGGUNAAN UBAT-UBATAN.

 

Pernahkah anda mendengar tentang Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) yang telah dibangunkan bagi membolehkan pesakit memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan mereka hanya melalui telefon pintar. Sistem ini sudah mula diperluas penggunaannya di seluruh fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 15 April yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, MyUBAT telah diperkenalkan di tujuh fasiliti rintis KKM bermula 12 Ogos lalu iaitu

 

  • ·         Hospital Ampang
  • ·         Hospital Melaka
  • ·         Hospital Kuala Lumpur
  • ·         Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
  • ·         Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah
  • ·         Klinik Kesihatan Kelana Jaya
  • ·         Klinik Kesihatan Peringgit.

 

Melalui projek rintis itu, sejumlah 14,099 pesakit sudah berdaftar dengan sistem ini dan 24,413 preskripsi didispens melalui sistem MyUBAT.

Untuk pengetahuan anda juga, jumlah ini dijangka terus meningkat selepas perluasan sistem MyUBAT ke fasiliti kesihatan awam di seluruh negara.

 

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL SEMASA DAFTAR MyUBAT

  • Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran perkhidmatan nilai tambah farmasi, pengesahan penerimaan ubat-ubatan melalui imbasan kod QR dan menghubungi khidmat sokongan melalui e-mel.
  • Data yang diperolehi secara automatik – misalnya, data lokasi jika pengguna memilih untuk set alamat penghantaran ubat-ubatan melalui fungsi “lokasi saya (GPS)”.
  • Data lokasi pengguna hanya akan direkodkan apabila kebenaran untuk mengakses lokasi pengguna menerusi telefon pintar diberikan.
  • Aplikasi ini mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:

 

1.       Pendaftaran perkhidmatan nilai tambah farmasi

2.       Nama pengguna

3.       Nombor kad pengenalan

4.       Nombor telefon

5.       Nama fasiliti kesihatan

6.       Nombor MRN (medical record number)

7.       Alamat penghantaran (untuk perkhidmatan Ubat Melalui Pos sahaja)

8.       Tarikh jumpa doktor akan dating

9.       Gambar kad temu janji klinik

10.     Gambar preskripsi

11.     Alamat e-mel

 

 Iklan: Hasilkan Aplikasi Untuk Perniagaan Anda


CARA DAFTAR MyUBAT

Satu Aplikasi telefon pintar untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran dan pengambilan ubat susulan pesakit melalui perkhidmatan nilai tambah farmasi (VAS).

 

1. Muat turun aplikasi MyUBAT melalui aplikasi Google Play, App Store atau  AppGallery

2.  Daftar perkhidmatan bekalan ubat susulan

3.   Semak dan pantau status bekalan dan temujanji

4.   Pinda dan tukar Tarikh temujanji

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut , sila e-mel kepada myubat@moh.gov.my

 

Sumber: Semakanstatus.com

Catat Ulasan

0 Ulasan