Lamanfo.com

Laman Informasi

FACEBOOK INGIN MENUKAR NAMANYA?

 

Apa pendapat anda nama Facebook selepas ini?

Mark Zuckerberg telah menukar nama Facebook daripada The Facebook menjadi Facebook sahaja, tetapi nampaknya perubahan yang lebih besar akan dibuat oleh syarikat itu. Walau bagaimanapun ini pasti tidak akan mengubah nama laman web itu sendiri, melainkan menjadi sebuah nama syarikat induk baru untuk menyampaikan portfolio yang telah berkembang.

Menurut The Verge, Facebook akan mengumumkan nama baru untuk lebih mencerminkan "fokusnya untuk membangun Metaverse." Perubahan nama mungkin akan diumumkan pada majlis Facebook Connect pada 28 Oktober, atau mungkin dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, The Verge melaporkan bahawa Facebook mungkin menjadi aplikasi dalam ekosistem yang lebih luas, tidak sepertimana Google mengumumkan syarikat induk bernama Alphabet yang kini menempatkan pelbagai bahagian produknya, termasuk Google.

Beberapa jenama popular Facebook yang lain termasuk WhatsApp, Instagram, Oculus, dan banyak lagi. Jurucakap Facebook enggan memberi komen ketika dihubungi oleh The Verge.

Tidak ada yang mengejutkan, kerana Zuckerberg mengatakan cita-citanya adalah agar Facebook beralih dari "orang akan melihat kita daripada syarikat media sosial menjadi syarikat metaverse." Untuk itu, Facebook kini mempunyai lebih daripada 10,000 orang yang mengusahakan pelbagai produk perkakasan, termasuk kacamata augmented reality, untuk membantu metaverse menjadi satu kenyataan.

Mengenai apakah nama barunya kelak, The Verge mengatakan kepimpinan kanan syarikat tersebut mungkin masih tidak mengetahuinya kerana Zuckerberg cuba merahsiakannya. "Nama baru yang dipakai mungkin ada kaitannya dengan Horizon, nama versi VR Facebook-meet-Roblox yang masih belum dikeluarkan yang telah dikembangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," lapor laman web itu.

Sekiranya Facebook melakukan penjenamaan semula, ia mungkin timbul setelah pemberi maklumat Frances Haugen mendedahkan dokumen sensitif syarikat kepada The Wall Street Journal yang menyatakan secara terperinci menyatakan Facebook bertindak membahayakan masyarakat.

 

Sumber: Gamespot 


Kemaskini: Facebook secara rasmi mengisytiharkan bahawa ia telah menukar namanya kepada Meta dalam langkah strategik untuk mengalihkan penekanan komersial ke arah sistem realiti maya, menurut pengumuman daripada Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg semasa acara Connect tahunan syarikat itu.  

"Meta" ialah perkataan Yunani bermaksud beyond dalam Bahasa Inggeris atau “disebalik” dalam bahasa melayu, dimana Zuckerberg berpendapat ianya tepat menggambarkan jenama syarikat baharu itu ketika ia cuba beralih kepada teknologi Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR).


Catat Ulasan

0 Ulasan