Lamanfo.com

Laman Informasi

LOGO APPLE DI BELAKANG IPHONE ANDA ADALAH BUTANG RAHSIA: BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA.

 

Logo Apple yang sangat terkenal terletak di bahagian belakang iPhone anda sebenarnya mempunyai fungsi tersembunyi. Ternyata, anda boleh menggunakan logo Apple tersebut untuk melaksanakan beberapa tugas asas pada peranti iPhone anda.

Dilaporkan pertama kali oleh Daily Record, ciri "Back Tap" telah diperkenalkan dalam iOS 14 dimana versi perintisnya telah diumumkan pada September tahun lepas. Dengan mengetik bahagian belakang skrin iPhone anda dua atau tiga kali, logo Apple boleh digunakan seolah-olah sebagai butang untuk melakukan tindakan yang diperuntukkan oleh pengguna dalam tetapan.

Logo Apple tersebut boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai fungsi asas menggunakan "Back Tap" seperti mengawal kelantangan iPhone anda, mengambil tangkapan skrin, kembali ke skrin utama atau untuk memudahkan bertukar antara aplikasi berbeza yang sedang digunakan pada iPhone anda.

Terdapat lebih banyak penyesuaian untuk pengguna yang telah menemui ciri "Back Tap". Anda boleh menentukan perkara yang anda mahu telefon anda lakukan dengan ketik dua kali atau tiga kali. Anda boleh menentukan pintasan  untuk kebolehcapaian dengan cepat untuk mengakses ciri seperti Magnifier, Voice Over, Assistive Touch, Siri Shortcuts dan Reachability.

Jika anda mempunyai iPhone 8 dan peranti yang dikeluarkan selepasnya, anda boleh menggunakan ciri tersebut. Sudah tentu, anda perlu mempunyai OS yang telah dikemaskini untuk dapat mengakses "Back Tap."

Menghidupkan "Back Tap" adalah sangat mudah. Hanya pergi ke Settings >> Accessibility >> Touch >> Back Tap.

Sebaik sahaja anda berada di sini, akan ada pilihan untuk menyesuaikan ketik berdasarkan sentuhan dua atau tiga kali... atau kedua-duanya!

Bagi mereka yang sentiasa menggunakan iPhone mereka untuk tujuan kerja, ciri ini boleh membantu menjimatkan banyak masa. Namun, anda kena berhati-hati kerana jika penutup belakang iPhone anda sangat tebal, ciri ini mungkin tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

 

Sumber: India Times

Imej: Pixabay

 

Sila baca: CIRI IPHONE MEMBOLEHKAN ANDA MENDENGAR PERBUALAN SEJAUH 15 METER.

Catat Ulasan

0 Ulasan